Infoacehtimur.com | Internasional – Dua pasangan suami istri ditahan polisi Malaysia malam kelmarin setelah video mereka memukul seorang pembantu rumah warga negara Indonesia WNI viral di media sosial.
Ketua Polis Johor Datuk Ab. Rahaman Arsad mengatakan, empat tersangka warga tempatan berusia 30 hingga 34 tahun itu ditahan di sebuah kediaman di Taman Johor, Skudai, sekitar pukul 19.30.
“Bertindak atas maklumat, video berkenaan dipercayai berlaku pada 26 Julai tahun lalu, namun baharu ditularkan oleh salah seorang mangsa yang membuat rakaman kejadian secara senyap-senyap,” kata Ab. Rahman dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Ahad 14/6/2026.
Baca Juga: Tren peningkatan jumlah WNI yang memilih bermigrasi ke Singapura terus berlanjut
Baca Juga: Setelah Kapal Tenggelam 11 WNI Tewas dan 27 Orang Hilang di Malaysia
Siasatan awal mendapati kejadian melibatkan tiga pembantu rumah warga Indonesia. Polis percaya ketiganya masih berada di Malaysia dan kini sedang dikesan.
Keempat-empat suspek direman sehari untuk membantu siasatan. Mereka disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan karena sengaja menyebabkan cedera, Seksyen 506 karena ugutan jenayah, Seksyen 354 karena menyerang kehormatan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, serta Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport.
Polis turut merampas telefon bimbit, pakaian yang digunakan suspek dalam video tular, kamera litar tertutup CCTV, dan dua pasport Indonesia yang dipercayai milik dua daripada tiga mangsa.
“Semakan juga mendapati keempat-empat suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau manakala ujian urin mendapati kesemuanya negatif penyalahgunaan dadah,” tambah Ab. Rahman.
KBRI Kuala Lumpur dan KJRI Johor Bahru diharapkan segera turun tangan memberikan pendampingan hukum dan perlindungan kepada para korban WNI.

